fbpx
Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit di Jalan Tun Razak, malam tadi. FOTO JBPM KL

Lelaki parah, Honda Accord dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 43 tahun cedera parah selepas kereta Honda Accord dipandunya dihempap sebatang pokok yang tumbang berhampiran Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.11 malam sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender ke lokasi.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Mohd. Rohafizam Othman berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta Honda Accord yang mempunyai seorang mangsa di dalamnya.

“Anggota operasi berjaya mengeluarkan mangsa pada pukul 10.47 malam.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan kaki sebelum diserahkan kepada ambulans Angkatan Pertahanan Awam untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN