AMPANG JAYA – Dua buah kereta yang diparkir di hadapan sebuah hotel di Ampang Point di sini rosak selepas dihempap sebuah tangki simpanan air yang dipercayai terjatuh dari bumbung premis, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kedua-dua pemilik kenderaan terbabit telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Siasatan awal mendapati tangki simpanan air itu disyaki terjatuh dari atas bumbung bangunan hotel berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai rujuk agensi lain (ROA) bagi tujuan tuntutan insurans. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














