fbpx
UKUR lilit pangkal pokok durian gunung di Kampung Damak, Jerantut mencecah 10 pemeluk orang dewasa.

Pokok durian usia 250 tahun tinggi 10 tingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Dengan ketinggian kira-kira 10 tingkat bangunan, membuatkan sebatang pokok durian yang berusia kira-kira 250 tahun menjadi mercu tanda kepada Kampung Damak yang ter­kenal dengan pelbagai spesies durian berkualiti.

Walaupun telah berusia lebih dua abad namun pokok durian gunung setinggi lebih 40 meter itu masih berbuah sehingga kini dan dikatakan menjadi antara pokok durian asal yang tertua di negara ini.

Pemilik durian, Chiu Hoi Loon, 62, berkata, dia yang membeli kawasan kebun berkenaan kira-kira 15 tahun lalu mendapati pokok durian itu terletak kira-kira satu kilometer dari jalan besar.

“Saya tetap menjaga rapi kebun dan pokok durian itu dan ketika buahnya masak aromanya memenuhi seluruh kawasan hutan. Dengan ketinggian lebih 10 tingkat pokok ini berada di luar jangkauan monyet dan tupai.

“Jadi buahnya sentiasa terjaga sepanjang tempoh matang hingga luruh, melepaskan haruman durian yang kuat ke kawasan hutan,” katanya di sini semalam.

 

Menurutnya, buah durian berkenaan yang mempunyai rasa sedikit pahit dan isi putih keku­ningan cukup digemari penggemar durian dari seluruh negara.

Katanya, durian berkenaan mendapat sambutan mengga­lakkan daripada orang ramai dan dijual dengan harga antara RM15 hingga RM25 sekilogram.

Dalam pada itu, katanya, pokok dengan lilitan 10 pemeluk orang dewasa itu berkemungkinan sudah wujud sejak tahun 1711 berdasarkan kepada batangnya dan ia dipercayai tumbuh secara semula jadi.

Hoi Loon memberitahu, ketika umurnya 17 tahun dia dan rakan-rakannya pernah mengutip dan makan durian berkenaan yang pada masa itu pokoknya sudah pun agak besar.

Tambahnya, dengan pokok yang tinggi dan besar durian berkenaan digelar sebagai durian gunung dan menjadi antara mercu tanda di Kampung Damak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN