fbpx
HIDANGAN Gulai Daging Rias Pisang dari Kedah yang turut disajikan sempena kempen Flavours of Malaysia di restoran Makan Kitchen di bawah DoubleTree by Hilton Malaysia.

Makan Kitchen ‘bawa’ juadah tujuh negeri ke seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak perlu mengembara jauh untuk menikmati hidangan ikonik dari negeri lain apabila tujuh restoran Makan Kitchen di bawah DoubleTree by Hilton Malaysia menganjurkan kempen Flavours of Malaysia dari 1 Ogos hingga 30 September ini.

Kempen berkenaan membolehkan pengunjung menikmati cita rasa Pulau Pinang di Johor Bahru, tradisi masakan Negeri Sembilan di Putrajaya serta hidangan berinspirasikan Sarawak di Shah Alam.

Lebih menarik, setiap restoran yang mengambil bahagian akan mengetengahkan masakan dari negeri berbeza menerusi menu yang diinspirasikan daripada Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Sarawak.

Kempen berkenaan bukan sekadar mengetengahkan hidangan tradisional, sebaliknya turut mengangkat kisah, tradisi, bahan tempatan serta resipi keluarga yang diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Antara hidangan yang boleh dinikmati termasuk Imperial Lotus Braised Duck Encased in Clay dari Kuala Lumpur, Penang Char Kway Teow with Duck Egg, Ayam Kapitan dari Melaka, Ayam Masak Tuha dari Perak serta Lompap Lamb Short Ribs yang mewakili Negeri Sembilan.

Turut disajikan ialah Gulai Daging Rias Pisang dari Kedah serta hidangan berinspirasikan Sarawak seperti Tempra Prawns with Bean Curd Chap Chye dan Sea Grapes.

Menurut Pengurus Besar Serantau Malaysia, Hilton, Linda Pecoraro, makanan sentiasa menjadi elemen penting dalam menghubungkan masyarakat.

“Flavours of Malaysia bukan sahaja meraikan kepelbagaian masakan Malaysia, malah kisah dan tradisi di sebalik setiap hidangan.

“Kami berharap kempen ini dapat memberi inspirasi kepada tetamu untuk meneroka, menghayati semula dan berbangga dengan warisan kulinari yang menjadikan Malaysia begitu unik,” katanya.

Tujuh restoran yang mengambil bahagian ialah DoubleTree by Hilton Johor Bahru, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, DoubleTree by Hilton Melaka, DoubleTree Resort by Hilton Penang dan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort.

Kempen Flavours of Malaysia ditawarkan untuk tempoh terhad selama dua bulan, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menikmati kepelbagaian sajian negeri tanpa perlu merentas seluruh negara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN