KEJADIAN hanya disedari selepas selesai makan apabila terpandang papan tanda tidak halal yang tertera pada dinding restoran terbabit.

Lepas kenyang makan baru sedar restoran ada logo tidak halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan pengunjung beragama Islam secara tidak sengaja telah menikmati hidangan di sebuah restoran tidak halal di Indonesia, selepas menyangka premis berkenaan menyediakan makanan halal, lapor saluran berita detikfood.

Kejadian tersebut hanya disedari mereka selepas selesai makan apabila terpandang papan tanda tidak halal yang tertera pada dinding restoran terbabit.

Insiden itu tular selepas dikongsikan oleh salah seorang daripada mereka menerusi akaun Instagram @riswandrizaa. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik, kumpulan berkenaan dilihat sedang menjamu selera sambil dihiburkan oleh beberapa orang pelayan yang bermain alat muzik dan bertepuk tangan.

Bagaimanapun, suasana ceria itu bertukar cemas apabila salah seorang daripada mereka menyedari terdapat tulisan ‘Nonhalal’  yang terpasang pada dinding premis tersebut.

Memetik laporan portal berita tempatan detikFood, pemilik akaun tersebut yang dikenali sebagai Riswan memaklumkan bahawa kejadian berlaku ketika mereka mengunjungi restoran rangkaian terkenal, dan ia merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke premis berkenaan.

Menurut Riswan, kekeliruan timbul apabila salah seorang rakannya yang pernah makan di cawangan di Gandaria City menyangka restoran tersebut berstatus halal kerana difahamkan tidak menggunakan bahan berasaskan daging khinzir.

Salah faham itu menyebabkan mereka tidak menyedari status sebenar restoran berkenaan sehinggalah mereka selesai menjamu selera. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN