GANDINGAN Yee Hern-Vannee berpeluang merangkul gelaran Syed Modi selepas melangkah ke perlawanan akhir. - BAM

Syed Modi: Kejutan Yee Hern-Vannee ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Wee Yee Hern-Vannee Gobi terus mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Akademi Badminton BDD U.P. sebentar tadi, pasangan No.61 dunia itu menewaskan beregu tuan rumah, Sathwik Reddy Kanapuram-Reshika Uthayasooriyan menerusi aksi straight-set 21-17, 21-18.

Kejayaan melangkah ke pentas final Syed Modi buat kali pertama itu mencerahkan peluang mereka untuk menambah koleksi kejuaraan musim ini selepas memenangi Kaohsiung Masters Super 100 di Taiwan bulan lalu.

Walaupun berpeluang meraih gelaran, namun Vannee menegaskan, mereka mengambil pendekatan bertenang dan enggan terburu-buru mengejar kejayaan lebih besar.

“Jika dapat memenangi gelaran di India, itu satu perkara yang baik, namun enggan meletakkan terlalu banyak tekanan dan mahu menikmati setiap kejohanan satu demi satu,” katanya.

Menjelang aksi final esok, Yee Hern-Vannee akan berdepan gandingan No.230 dunia dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Rinjani Kwinnara Nastine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN