GANDINGAN Soon Huat-Shevon gagal untuk menamatkan kemarau final lebih dua tahun selepas tewas di separuh akhir Terbuka Hong Kong. - AFP

Terbuka Hong Kong: Soon Huat-Shevon kempunan lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Langkah beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong tersekat di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Pada perlawanan yang berlangsung di Kai Tak Arena sebentar tadi, pasangan suami isteri itu terpaksa akur dengan kehebatan beregu No.1 dunia berkenaan apabila tewas menerusi aksi straight-set 17-21, 18-21.

Turun dengan misi untuk melakar kejutan, Soon Huat-Shevon memberikan tentangan cukup sengit kepada Yan Zhe-Dong Ping dalam kedua-dua set permainan selain tidak membenarkan lawan untuk membuka jurang mata yang besar.

Pasangan negara bangkit menyamakan kedudukan 16-16 di set pertama meskipun pada awalnya ketinggalan 11-14, namun beregu China yang kembali memperkemaskan permainan berjaya memastikan kemenangan 21-17.

Memasuki set kedua, beregu No.12 dunia itu mendahului di peringkat awal 5-3 sebelum Yan Zhe-Dong Ping mula mengejar bagi menyamakan kedudukan dan kemudiannya memimpin perlawanan 10-6.

Bagaimanapun, Soon Huat-Shevon tidak mudah mengalah apabila kembali mengejar dan berjaya menyamakan kedudukan 17-17 tetapi tuah lebih memihak kepada China yang meraih kemenangan muktamad 21-18.

Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua mereka kempunan untuk melangkah ke pentas final sepanjang kempen 2026 selepas turut mengalami situasi sama ketika tewas di separuh akhir China Masters September lalu.

Kali terakhir Soon Huat-Shevon beraksi di perlawanan akhir adalah lebih dua tahun lalu semasa mereka menjadi naib juara Terbuka China selepas tewas kepada lawan yang sama 21-16, 14-21, 17-21. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN