PETALING JAYA – Harga emas terus mencatatkan penurunan apabila nilainya susut sebanyak RM11.20 kepada RM469.08 segram setakat pukul 8.30 pagi ini berbanding RM480.28 semalam.
Berdasarkan kemas kini harga emas hari ini, indeks emas semasa turut merosot kepada RM17,731.26 setahil berbanding RM18,154.81 sebelum ini, iaitu penurunan sebanyak RM424.
Sementara itu, harga emas spot mengikut ketulenan karat hari ini merekodkan 999 (24K) pada RM464.39 segram, manakala 950 (23K) sebanyak RM445.63.
Emas 916 (22K) pula berada pada RM429.68 segram, diikuti 875 (21K) sebanyak RM410.45 dan 835 (20K) pada RM391.68.
Bagi emas 750 (18K), harganya dicatatkan sebanyak RM351.81 segram. – KOSMO! ONLINE














