WEI CHONG (kanan) dan Kai Wun memburu gelaran kedua mereka musim ini selepas memenangi Terbuka Perancis bulan lalu.

Terbuka Kong Kong: Wei Chong-Kai Wun mara ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan misi memburu gelaran selepas melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Kai Tak Arena sebentar tadi, gandingan No.9 dunia itu menyingkirkan pilihan kelima dari India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy.

Walaupun berdepan tentangan sengit, namun pasangan yang diberi julukan ManTee itu berjaya mencatat kemenangan straight-set 21-18, 21-19 dalam tempoh 41 minit.

Berdepan pasangan No.6 dunia, Wei Chong-Kai Wun tidak berdepan laluan mudah apabila dipaksa bekerja keras dalam kedua-dua set permainan sebelum menang dengan jurang mata tipis.

Sebagai rekod, ia merupakan final kedua mereka musim ini selepas turut melakukannya ketika memenangi Terbuka Perancis bulan lalu.

Menjelang perlawanan akhir esok, Wei Chong-Kai Wun akan bertemu sama ada beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin ataupun Kang Min Hyuk-Lee Jongmin dari Korea Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN