Anggota polis membawa keluar mayat mangsa menggunakan pengusung selepas kejadian kebakaran di Kampung Teloi Tua, Sik, hari ini.

2 beradik rentung: Mangsa ditemukan berpelukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIK – Dua beradik termasuk bayi perempuan berusia 16 bulan yang rentung dalam kebakaran pejabat yang dijadikan rumah di kampung Teloi Tua di sini pagi tadi ditemukan berpelukan di atas tilam.

Identiti bayi tersebut dan abangnya yang berusia tiga tahun bagaimanapun masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata, siasatan akan dilakukan di lokasi bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

“Kami akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari bangunan berdekatan bagi membantu siasatan. Premis itu mempunyai satu ruang pejabat dan bilik air di bahagian luar, namun tidak dilengkapi CCTV,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 6.11 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sik digerakkan ke lokasi.

Ditanya mengenai kemungkinan kebakaran berpunca daripada tong gas kawasan berhampiran, beliau berkata, pusat penyimpanan gas petroleum cecair (LPG) itu terletak agak jauh dan berada di bangunan berasingan.

Tambahnya, pihaknya masih belum dapat mengesahkan sama ada terdapat aktiviti memasak di dalam premis yang terbakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN