HARI penuh debaran, penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) kembali lagi dengan edisi ke-35 yang akan berlangsung di Istana Budaya malam ini.
Paling dinantikan ramai pastinya senarai pemenang untuk kategori-kategori utama yang memang sangat sengit persaingannya tahun ini.
Dua filem seram iaitu Malam Terlarang dan Khadam mendominasi senarai pencalonan Top 5 yang masing-masing menerusi 12 kategori untuk edisi kali ini.
Sememangnya dua filem berkenaan layak tercalon banyak kategori dek keberhasilannya.
Namun, jalan untuk Malam Terlarang atau Khadam membawa trofi Filem Terbaik FFM35 ternyata tidak mudah kerana perlu bersaing dengan Macai, Abah Saya Uncle Mike dan Mother Bhumi.
Kategori Pelakon Lelaki Terbaik pula menyaksikan persaingan hebat lima penjuru handalan iaitu Shaheizy Sam (Badak), Idan Aedan (Abah Saya Uncle Mike), Datuk Eman Manan (3 Hajat), Beto Kusyairy (Gayong 2) dan Amerul Affendi (Libang Libu).
Sementara itu, Top 5 Pelakon Wanita Terbaik pula membariskan wajah-wajah baharu seperti Shasha Abedul (Malam Terlarang), Aida Amron (Badak), Fish Liew (Payane For An Infant), Nad Zainal (Denu) dan Mimi Lana (Polong).
Tumpuan juga harus diberikan kepada kategori Pengarah Terbaik yang membariskan Shamyl Othman (Khadam), Razaisyam Rashid (Tarung), Lau Kek Huat (The Waves Will Carry Us), Chong Keat Aun (Mother Bhumi) dan Sun-J Perumal (Macai).
Bukan calang-calang semuanya! Apa pun, tak kiralah siapa menang, tercalon pun sudah cukup membanggakan.
DIVA: Mega sungguh konsert My Chemical Romance, 2 malam persembahan hampir 200,000 manusia banjiri TM Stadium Nasional.














