KETANGKASAN Ahn Hyo-Seop di dapur kini jadi kegilaan peminat.

Debaran di dapur, Hyo-seop buat perut ‘berkeroncong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JIKA sebelum ini sering tampil dengan watak romantik, kali ini aktor Korea Selatan, Ahn Hyo-seop menguji kehebatan di dapur menerusi drama kulinari terbaharu, Final Table yang bersiaran menerusi Prime Video sejak 24 Oktober lalu.

Drama 12 episod itu mengisahkan perjalanan sekumpulan cef berbakat yang bertarung dalam sebuah pertandingan memasak bertaraf antarabangsa demi merebut gelaran juara dunia.

Di sebalik ketegangan di dapur, setiap peserta turut berdepan konflik peribadi serta tekanan emosi untuk mempertahankan maruah dan impian masing-masing dalam saingan yang cukup sengit.

Menerusi naskhah ini, Hyo-seop membawakan watak cef muda bernama Chris K yang gigih membuktikan kehebatannya meskipun sering dipandang rendah barisan pesaing senior.

Ketangkasan Chris K di dapur, visual hidangan menyelerakan dan naratif penuh debaran menjadikan karya ini tontonan wajib buat peminat K-drama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN