LAGU baharu Hael Husaini, Selesa kini mendadak trending dalam media sosial.

‘Selesa’ Hael Husaini buat rasa nak menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAKAT luar biasa Hael Husaini dalam penghasilan lagu kembali menghantui ramai dengan peluncuran buah tangan terbaharunya berjudul Selesa.

Karya segar genre balada itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hael bersama gandingan komposer berbakat besar, Iqie Hugh.

Sejak dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman digital pada 30 Oktober lalu, Selesa terus dihujani ribuan pujian peminat yang mengagumi kehebatan karya tersebut.

Lebih membanggakan Selesa meledak dalam semua platform media sosial khususnya TikTok apabila digunakan secara meluas sebagai muzik latar pelbagai video terutama yang berkaitan dengan momen galau.

“Tajuk Selesa tapi bila dengar lagu penuh, terus rasa jiwa kurang selesa, macam nak menangis.

“Apa agaknya magis yang dimiliki Hael apabila hampir semua lagu ciptaannya ‘menjadi’ dan jadi siulan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN