Uncle Wong disantuni Mohd Noor Helmy selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong hari ini. Foto AMIR KHALID/KOSMO!

PRN Melaka: Pukul 3 pagi sudah bangun, nak mengundi awal – Uncle Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA TENGAH – “Pukul 3 pagi sudah bangun, semalam tak boleh tidur sebab nak datang mengundi awal”.

Demikian luahan seorang pengundi dikenali sebagai Vong Fook Hoi yang lebih dikenali sebagai Uncle Wong yang sebelum ini terkenal membantu Calon Barisan Nasional, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkempen di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.

Uncle Wong, 88 tahun berkata, beliau sangat teruja hari ini untuk datang mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong.

“Hari ini bangun awal pukul 3 pagi, sebab tak boleh tidur. Nak datang awal sebab nak (buang) undi awal. Kalau tengah hari takut lambat (nak mengundi).

“Datang sini (pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong) dengan basikal, ada tu (basikal) di luar. Memang ke mana-mana saya pergi, saya naik basikal,” katanya,”katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong).

Pada masa sama, Uncle Wong menyeru supaya oramg ramai yang tidak menunaikan tanggungjawab supaya keluar awal untuk mengundi.

“Anak-anak saya pun saya pesan supaya datang awal mengundi. Ada yang balik dari Singapura dan ada juga yang dari Kuala Lumpur. Semua saya pesan (datang mengundi awal),”katanya.

Sementara itu, Mohd. Noor Helmy ketika ditemui selepas selesai membuang undi berkata, beliau berterima kasih kepada semua pengundi yang keluar mengundi awal di sekolah tersebut.

“Saya difahamkan pukul 7 pagi sudah ramai yang datang beratur walaupun pusat mengundi dibuka kira-kira pukul 8 pagi.

“Cuaca hari ini pun elok, jadi saya menyeru kepada semua pengundi supaya keluar awal sebab petang diramalkan hujan lebat,”katanya.

DUN Duyong menyaksikan Mohd Noor Helmy yang juga penyandang kerusi itu, berdepan saingan Poo Long Suan daripada Pakatan Harapan (PH).

PRN Melaka kali ini menyaksikan seramai 687,697 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN