PETALING JAYA – Harga emas turun, tetapi duit pula tiada. Itulah situasi yang mencuit hati apabila seorang pengguna Threads @bubbletiaz berseloroh dirinya tergolong dalam kumpulan T20, bukannya golongan berpendapatan tinggi, sebaliknya ‘Tinggal RM20’.
Menerusi perkongsian itu, dia meluahkan rasa teruja melihat harga emas semakin menurun, namun hasrat untuk membeli gelang terpaksa ditangguhkan kerana gaji masih belum masuk.
Harga emas hari ini turun sebanyak RM11.20 kepada RM469.08 segram berbanding RM480.28 segram semalam.
“Yayy emas turun! Tapi kita T20 (Tinggal RM20),” kongsinya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi lucu netizen yang rata-rata mengakui berdepan dengan situasi yang sama apabila harga emas turun, tetapi tarikh gaji masih belum tiba.
“Tahap takde duit, emas turun pun tak boleh beli. Gaji pula tak masuk,” komen @nan4aaa_.
“Jangan ingat kita ni YB (Yang berduit),” komen @cik_tkah pula.
“Jap ritual panggil gaji ooo gaji,” tulis @maizatulrosli_.
“Hahaha lawak betul. Takpe emas ni investment (pelaburan),” komen @_dayanadunian.
Sementara itu, ada juga yang berseloroh bimbang tidak dapat mengawal diri sekiranya harga emas terus menurun sehingga menghabiskan semua wang untuk membelinya.
“Jangan bagi aku jadi gila je, nanti jadi T0 (Tinggal kosong), habis semua duit beli emas,” seloroh @elfyyss__.
“Takpe tunggu jap akhir tahun ini turun lagi. Kalau emas turun kepala tiga kita borong terus penuh tangan,” komen @mummyy_ayden. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














