Gambar hiasan.

[VIDEO] Ini sebabnya kenapa ECRL tidak selaju Whoosh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelajuan kereta api Whoosh di Indonesia mencapai 350 kilometer sejam (km/j) dan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Malaysia yang dihadkan kepada 160 km/j menjadi tanda tanya kerana kedua-duanya merupakan pengangkutan berkelajuan tinggi.

Perbezaan ketara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai kemampuan teknologi yang digunakan dalam projek pengangkutan rel negara tersebut.

Kementerian Kewangan bagaimanapun menjelaskan, had kelajuan ECRL yang dilihat lebih perlahan berbanding pengangkutan negara jiran bukan bermaksud teknologi yang digunakan ketinggalan.

Sebaliknya ia mengambil kira kesesuaian reka bentuk landasan dan bentuk muka bumi di sepanjang laluan berkenaan.

“Antara faktor utama yang membezakan kedua-dua sistem kereta api itu adalah keperluan jajaran landasan untuk menampung kelajuan tinggi.

“Untuk mencapai kelajuan sehingga 350 km/j, kereta api memerlukan landasan yang lebih lurus dengan radius selekoh yang luas bagi mengurangkan kesan daya emparan ketika tren mengambil selekoh,” katanya.

Menurut hantaran sama, katanya, laluan ECRL merentasi kawasan pergunungan dan lembah memerlukan reka bentuk landasan disesuaikan dengan keadaan geografi setempat.

Jelasnya, pembinaan jajaran yang terlalu lurus dengan selekoh luas di kawasan berbukit pula memerlukan kerja-kerja kejuruteraan yang lebih kompleks, termasuk pembinaan terowong dan jambatan serta pengubahsuaian bentuk muka bumi.

Selain itu, ECRL bukan hanya memberi tumpuan kepada pengangkutan penumpang, malah memainkan peranan penting dalam sektor logistik negara.

Kira-kira 70 peratus pendapatan projek berkenaan disasarkan menerusi pengangkutan kargo dengan laluan itu bakal menghubungkan Pelabuhan Kuantan terus ke Pelabuhan Klang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat kelajuan 160 km/j sudah memadai selain menyifatkan aspek keselamatan lebih penting berbanding mengejar kelajuan tinggi.

“Biar tak laju asalkan selamat. Laju-laju risiko tinggi kalau berlaku kemalangan,” balas @Hans Chai.

“160 km/j sudah dikira laju. Dah cukup untuk rakyat Malaysia, ramai yang gayat dengan harga tiket,” komen @Khairul Azlan Mohd Salim.

“Semenanjung bukan luas. Kota Bharu ke Kuala Lumpur empat jam dah sesuai. Bayar mahal, cepat sampai tidak pulang modal. Rehat dalam tren yang penting,” tulis @MdAnr MdAdn. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN