Mohd. Shahar bergambar bersama sebahagian usahawan, pemimpin korporat dan selebriti pada Majlis BBEA di Kuala Lumpur baru-baru ini.

BBEA 2026 iktiraf lebih 60 perniagaan Bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih 60 perniagaan Bumiputera dan pemimpin industri menerima pengiktirafan menerusi penganjuran Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2026 yang berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur, di sini, baru-baru ini.

Majlis yang menghimpunkan usahawan, pemimpin korporat dan selebriti itu bertujuan meraikan kecemerlangan perniagaan Bumiputera serta mengiktiraf sumbangan tokoh industri dalam pembangunan ekonomi negara.

Majlis gala berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah yang hadir sebagai tetamu kehormat.

BBEA diwujudkan sebagai platform untuk mengiktiraf pencapaian perusahaan Bumiputera daripada pelbagai peringkat pertumbuhan, termasuk pembangunan produk dan perkhidmatan baharu serta kejayaan mengembangkan jenama tempatan.

Dalam ucapan perasmiannya, Mohd Shahar menggalakkan syarikat yang sudah kukuh untuk memperluas kerjasama dengan perusahaan Bumiputera menerusi perkongsian strategik dan pembangunan keupayaan.

“Kerjasama strategik dapat membantu perusahaan Bumiputera menembusi pasaran baharu, mengembangkan operasi dan meningkatkan daya saing untuk merebut peluang perniagaan yang lebih luas,” menurut kenyataan itu.

Beliau turut menggalakkan pemilik perniagaan mendapatkan kemudahan pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan pelaburan, termasuk menyediakan modal kerja, membeli mesin baharu dan memperluas pasaran.

Sementara itu, Pengerusi BBEA 2026, Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir berkata, pengiktirafan pada peringkat kebangsaan mampu meningkatkan kredibiliti sesebuah perniagaan hasil usaha dan pencapaian yang dibina selama bertahun-tahun.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja mengetengahkan hasil usaha selama bertahun-tahun, malah memperkukuh kredibiliti yang telah dibina oleh sesebuah perniagaan menerusi prestasinya,” katanya.

Beliau berkata, BBEA turut menjadi ruang kepada pemilik perniagaan daripada pelbagai sektor untuk berkongsi pengalaman, membina hubungan dan memperluas jaringan perniagaan.

Antara penerima pengiktirafan utama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Ir. Ts. Shamsul Ahmad yang menerima National Corporate Leadership Award.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Junady Nawawi pula menerima Visionary Leadership Award, manakala pemilik Teedo Hotel, Datin Seri Nurulhidayah Ahmad Zahid dianugerahkan Iconic Woman Leadership Award.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad, Datuk Mohd Izani Ghani turut menerima National Aviation & Infrastructure Leadership Icon Award.

Dalam kategori syarikat, Utama Motors World Sdn. Bhd. menerima Brand of the Year, AARGYP Scientific Sdn. Bhd. meraih Woman CEO of the Year, manakala AEO Freight Sdn. Bhd. menerima CEO of the Year dan Texpert Centre Sdn. Bhd. pula dinobatkan sebagai Company of the Year.

Pengiktirafan turut diberikan kepada beberapa penggiat seni tempatan termasuk Afiq Hakim Ahmad dan Azharina Azhar yang masing-masing menerima Music Icon Award.

Nor Aniza Idris menerima Cultural Arts & Heritage Icon Award, manakala Haliza Hanim Abd Halim dianugerahkan Music Legend Award.

Pengasas Bersama KRU Group, Datuk Norman Abdul Halim turut menerima Creative Industry Icon Award atas sumbangannya dalam industri kreatif negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN