Tangkap layar aksi seorang atlet didakwa berlari ketika menyertai acara lumba jalan kaki.

[VIDEO] ‘Baju oren dah terapung, macam mana boleh menang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi seorang atlet yang didakwa berjoging ketika menyertai acara lumba jalan kaki di sebuah stadium mencetuskan pertikaian dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi klip video yang tular di Threads @olahragamalaysia, seorang atlet berbaju biru dilihat mendahului perlumbaan sebelum dipintas atlet lain pada saat akhir.

Bagaimanapun, teknik pergerakan atlet itu menjadi perhatian apabila dia didakwa tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam acara berkenaan.

Seorang pengguna yang mengakui dirinya merupakan atlet lumba jalan kaki turut tampil memberikan pandangan berhubung teknik kedua-dua peserta tersebut.

“Maaf cakap, yang oren itu bukan pejalan kaki. Terang-terang bukan. Adik nombor dua itu pemenang utama.

“Dari bentuk pijakan tapak kaki, ayunan lembut lutut dan gerakan paha menggunakan pinggul, atas badan mesti tegak dan bahu konsisten lurus sangat tepat,” katanya.

Hantaran tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang mempersoalkan pengadilan acara tersebut.

“Macam mana yang tinggi boleh qualified (layak)? Terang-terang dia jogging, bukan jalan kaki. Akak yang tak main sukan ini pun tahu itu bukan jalan kaki,” kata seorang pengguna.

“Judge (pengadil) pun bias. Kenapa tak disqualified (dibatalkan penyertaan). Terang-terangan salah,” ujar Iefa.

“Dah terapung dah kaki, macam mana boleh menang?,” kata Ismi.

Sementara itu, terdapat juga pengguna yang menggesa pihak Persatuan Lumba Jalan Kaki Malaysia (RWAM) tampil memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.

“Apa pun baju biru tetap pemenang sebab baju oren itu dah sah-sah jogging. Hats off (tabik) kepada baju biru tetap kekal posisi dia, tak ikut cara baju oren,” kata Akrima. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN