Mohamed Khaled meletakkan huruf I sebagai gimik perasmian sempena Karnival CIMIC di Dataran TMIYC, Pasir Gudang hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

Mindef mahu dalang sebenar sindiket dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR GUDANG – Kementerian Pertahanan (Mindef) berharap pihak polis dapat menangkap dalang sebenar di sebalik kegiatan penyeludupan dadah yang membabitkan beberapa pegawai dan anggotanya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua maklumat yang diberikan oleh anggota tentera yang ditahan sebelum ini sudah diserahkan bagi memberi laluan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

“Kita berharap melalui ini kita bantu negara untuk memusnahkan sindiket yang menggunakan, yang mengambil beberapa anggota tentera untuk menjayakan gerakan ataupun tindakan mereka.

“Kena faham, ini bukan satu sindiket yang TUDM buat. Dia menjadi alat kepada satu sindiket dan kita berharap supaya pihak polis dapat tangkap mastermind yang sebenar sebab kita dah bagi jalan melalui semua maklumat yang diberi oleh anggota tentera yang ditahan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival CIMIC Johor 2026 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Pasir Gudang, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, TUDM sudah menubuhkan jawatankuasa bagi meneliti semula semua prosedur operasi standard  susulan kes berkenaan.

Katanya, kementerian juga boleh menjalankan siasatan dalaman terhadap anggota yang tidak didakwa atau dilepaskan polis bagi menentukan sama ada mereka masih wajar dikekalkan dalam perkhidmatan ATM.

Semalam, tiga pegawai TUDM bersama tiga orang awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 96.2 kilogram (kg) di Pangkalan Udara Subang, pada 17 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN