Gambar hiasan.

GPS menang 29 kerusi DUN tanpa bertanding – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 29 kerusi tanpa bertanding selepas proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak selesai hari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun sebentar tadi.

Sebanyak 82 kerusi dipertandingkan pada PRN Sarawak yang ditetapkan untuk hari pengundian pada 12 Disember dengan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri ialah sebanyak 42 kerusi.

Terdahulu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan kira-kira 30 calon GPS dijangka menang tanpa bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini.

Berita lanjut menyusul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN