Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo, pagi tadi. IHSAN JBPM SARAWAK

Remaja 19 tahun maut dalam nahas di Pan Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Bezza yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo, Kampung Jugan, Bau, Kuching Sarawak, pagi tadi.

Mangsa, Eblone Jyubalta Kenedy, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.51 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang mangsa terperangkap di dalam kereta tersebut.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas menyelamat sebelum mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN