HADIR menjadi antara penyampai FFM35, Reza terharu begitu banyak dikenali peminat dan anak seni di Malaysia.

‘Ada pelakon Malaysia minta tip lakonan, saya belum layak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBUT sahaja nama pelakon Indonesia, Reza Rahadian, pasti akan terbayang watak-watak ikonik yang pernah dimainkannya dalam pelbagai filem seperti Habibi & Ainun, My Stupid Boss dan Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.

Pelakon kacak itu bukan sahaja popular di negara kelahirannya, malah mempunyai ramai peminat di Malaysia.
Terbaharu, pemilik nama lengkap Reza Rahadian Matulessyini itu buat pertama kalinya terlibat dengan filem terbitan Malaysia arahan dan tulisan pengarah tersohor, Erma Fatima yang bertajuk Langit 2 Warna.

Penggambaran filem itu melibatkan pelakon dari dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia, malah turut menjalani penggambaran di Terengganu, Kuala Lumpur, Yogyakarta dan Uzbekistan.

Sewaktu melakukan penggambaran di Malaysia, aktor berdarah kacukan Indonesia-Iran itu sempat menghadiri Festival Filem Malaysia ke-35, dalam masa diundang sebagai penyampai anugerah bersama Erma Fatima dan Ellie Suriaty.

Kehadiran Reza di acara tersebut nyata membuatkan ramai peminat teruja, tatkala melihat susuknya melintasi permaidani merah dalam acara yang berlangsung di Istana Budaya itu.

Menurut pelakon berusia 39 tahun itu, dia sama sekali tidak menyangka kehadiran disambut baik oleh masyarakat di Malaysia kerana pernah beranggapan tiada yang mengenalinya di sini.

“Sejujurnya saya agak terkejut apabila melihat ramai orang Malaysia mengenali saya. Malah pelakon-pelakon di sini juga mengenali saya dan sangat mesra melayan saya sewaktu dalam FFM35.

“Mereka tahu hasil-hasil kerja saya sebelum ini. Sebelum ini saya fikir tiada yang mengenali Reza Rahadian di Malaysia,” katanya ketika ditemui di set penggambaran filem Langit 2 Warna, di Yogyakarta baru-baru ini.

Tip ‘Malaysia’

Tambahnya, ada pelakon baharu di Malaysia yang datang kepadanya untuk meminta tip sebagai pelakon.

“Ada pelakon baharu yang datang kepada saya dan minta saya beri tip dan nasihat tentang lakonan. Sejujurnya saya rasa belum layak untuk berbuat demikian,” jelasnya.

Bercerita tentang pengalamannya berlakon dalam produksi Malaysia dan di bawah arahan sutradara, Erma Fatima, Reza mengakui teruja kerana dapat belajar banyak perkara baharu sepanjang penglibatannya dalam filem Langit 2 Warna.

“Saya belajar tentang kecekapan bekerja dalam produksi ini. ‘Efficiency is number one’ dan itu apa yang saya lihat dalam diri Erma.

“Erma sangat tegas sebagai seorang sutradara, tetapi apa yang saya suka tentang dia adalah dia seorang yang sangat pantas dalam membuat keputusan.

“Dia tahu apa diinginkan. Dia tak perlu fikir panjang untuk tentukan sama ada mahu tambah ‘take’ atau tidak.

“Saya ada babak yang sangat panjang. Saya tanya bagaimana dia mahu melakukannya. Dia beritahu dia perlukan beberapa ‘shot’ dan dia jelaskan kenapa dia perlukan ‘shot’ itu. Jadi saya tak pernah rasa keliru atau tertanya-tanya. Mudah bekerja dengannya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN