Tangkap layar video kerja-kerja menampal lubang di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan yang menyebabkan lorong tengah ditutup dan trafik sesak sepanjang 14km dikongsi pengguna @rosni.chin di Threads.

[VIDEO] Lebuh Raya Utara-Selatan sesak 14km, kerja tampal lubang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan sesak sepanjang kira-kira 14 kilometer dari Persimpangan Nilai Utara menghala ke Seremban berikutan kerja-kerja menampal lubang di Kilometer 271.

Keadaan itu menyebabkan lorong tengah terhalang, manakala lorong kanan, kiri dan kecemasan masih boleh dilalui pengguna jalan raya.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @srrshah, kesesakan berkenaan berlaku ketika kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan di laluan terbabit.

Perkongsian itu turut mengundang reaksi pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman berdepan kesesakan ketika melalui kawasan berkenaan.

Seorang pengguna @hazliani_yuha berkata, dia sedang melalui kawasan berkenaan berhampiran Persimpangan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban untuk ke Melaka.

“Saya tengah lalu ini sekarang di simpang R&R Seremban nak ke Melaka. Bertabahlah ya,” katanya.

“Saya baru lalu 12.15 tengah hari tadi. Belum siap tutup lubang, lorong nombor dua masih tutup,” komen @dearhaffiz.

“Oh, patutlah pagi tadi ramai berhenti tepi jalan tukar tayar,” komen @everypink_things.

“Lalu juga pagi tadi, tidak tahu sebab apa sesak. Rupanya sebab ada lubang,” komen zulmd_19 pula.

Terdahulu tular lebih 10 kenderaan mengalami kerosakan akibat terlanggar lubang berkenaan sehingga mengundang kemarahan ramai. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN