JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahuh maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer (KM) 6.4 Lebuh Raya Utara-Selatan dari Kempas menghala ke Bandar Dato Onn di sini hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, PBK 111 Mohamad Zakirman Mohd Hasri berkata, kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu melibatkan sebuah lori jenis UD serta tiga kereta masing-masing jenis Chery, Perodua Myvi dan Mercedes.
“Kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia disahkan oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian dan mangsa merupakan penumpang kepada kereta Produa Myvi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, tiga mangsa lain iaitu pemandu lori UD truck berusia 50 tahun, pemandu Chery berusia 72 tahun dan pemandu Mercedes tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE














