Gambar hiasan

Bukan larikan orang, hanya bawa sepupu bersiar-siar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Empat remaja bawah umur termasuk seorang remaja perempuan yang ditahan di Kilometer (KM) 86.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Simpang Pulai, Ipoh dekat sini pada Jumaat hanya keluar bersiar-siar atas kapasiti hubungan kekeluargaan.

“Tiada unsur jenayah atau melarikan orang lain kerana hubungan mereka ialah sepupu.

“Tujuan utama lebih kepada keluar bersiar-siar dan ada dalam kalangan mereka tidak mempunyai lesen memandu kereta,” kata sumber polis kepada Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, salah seorang daripada mereka bekerja sebagai pembantu makanan sementara dua lagi menganggur.

Media melaporkan semalam, empat remaja bawah umur termasuk seorang daripadanya perempuan ditahan kerana disyaki menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas di KM 286.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Simpang Pulai, Ipoh dekat sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Mohd. Fadzil Ismail dilaporkan berkata,keempat-empat suspek ditahan dan kenderaan yang digunakan iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Cherry turut dirampas bagi siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kesemua yang ditahan merupakan remaja belasan tahun dan hasil ujian saringan air kencing mereka negatif dadah selain tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Tiga remaja lelaki yang ditahan direman empat hari bermula hari ini, manakala remaja perempuan diberi jaminan polis memandangkan terlibat dengan kes yang sedang disiasat di Jitra, Kedah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN