Tuanku Muhriz

Wakil BN dijangka menghadap Tuanku Muhriz 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Keputusan 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan untuk akur kepada arahan pucuk pimpinan bagi menyelesaikan kemelut politik negeri itu bakal dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut sumber, seorang wakil BN negeri dijangka memohon menghadap Tuanku Muhriz dalam masa terdekat bagi menyampaikan keputusan yang dicapai dalam pertemuan khas di Wisma UMNO Negeri Sembilan, malam Jumaat lalu.

“Wakil berkenaan juga dijangka menyerahkan warkah dan surat persetujuan yang ditandatangani 24 ADUN terbabit kepada Tuanku Muhriz.

“Warkah berkenaan mungkin akan dihantar ke istana oleh seorang wakil BN negeri. Surat tersebut dijangka dihantar sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung,” katanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, beliau tidak mengetahui tarikh sebenar permohonan menghadap berkenaan akan dibuat.

“Saya pun tidak tahu mana media mendapat maklumat mengenai Majlis Mengangkat Sumpah Exco baharu yang dikatakan berlangsung pada hari ini.

“Apa yang utama, akan ada wakil BN menyampaikan kepada Tuanku Muhriz apa yang diputuskan dalam mesyuarat malam Jumaat lalu,” katanya ringkas.

Kelmarin, seramai 24 ADUN BN dan PN negeri itu mencapai kata sepakat untuk akur dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan dalam menentukan penyelesaian kemelut politik berkenaan menerusi pertemuan khas di Wisma UMNO Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN