Tangkap layar kejadian sebuah kereta dihanyutkan arus deras di Kuala Lumpur petang ini.

[VIDEO] Kereta dihanyutkan arus deras selepas hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga China berdepan detik cemas apabila keretanya dihanyutkan arus deras dalam kejadian di hadapan The Face Suites, Jalan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Bagaimanapun, lelaki terbabit dilaporkan selamat kerana tidak berada di dalam kenderaan ketika kejadian.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.45 petang.

Susulan itu, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, setibanya di lokasi, pasukan bomba bertemu dengan pemilik kenderaan berkenaan.

“Berdasarkan maklumat diperoleh, kereta tersebut diparkir di tebing sungai sebelum dihanyutkan arus deras susulan peningkatan paras air akibat hujan lebat.

“Kejadian berlaku ketika pemilik kenderaan sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN