Keratan laporan Kosmo! berhubung dakwaan terdapat najis tikus dalam mi goreng di sebuah restoran di Sendayan.

Restoran hidang mi goreng najis tikus ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengarahkan sebuah restoran di Bandar Sri Sendayan ditutup selepas tular aduan mengenai kehadiran lalat pada makanan yang dihidangkan pada 16 November lalu.

JKNNS dalam kenyataan memaklumkan, Jawatankuasa Siasatan telah diambil terhadap pemilik premis makanan yang gagal mematuhi keperluan perundangan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Tindakan berkenaan termasuk penutupan premis di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 serta pengeluaran notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” menurut kenyataan itu.

JKNNS turut memaklumkan pihaknya sentiasa telus dalam menjalankan siasatan terhadap setiap aduan yang disalurkan.

Sebelum ini, tular dakwaan seorang pelanggan menemui benda menyerupai najis tikus dalam mi goreng di sebuah restoran di Sendayan sehingga menyebabkan dia membatalkan hasrat untuk menjamu selera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN