fbpx
ANWAR bermesra bersama warga pondok Majlis Perasmian Himpunan Pondok dan Sekolah Agama Negeri Perak 2026 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah, Chemor, Ipoh hari ini.

Sekolah pondok perlu terokai ilmu baharu – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pelajar-pelajar sekolah pondok, madarasah dan maahad bukan sekadar perlu menguasai ilmu-ilmu berteraskan agama Islam tetapi menerokai ilmu baharu seperti komputer dan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekolah pondok, madarasah atau maahad perlu membuktikan bukan sekadar menguasai kepintaran, kecekalan, keterampilan dalam bidang-bidang disiplin tertentu seperti syariah, bahasa Arab dan sebagainya tetapi ilmu-ilmu baharu.

“Buktikan, bahawa sekolah pondok dan madrasah atau maahad ini boleh melahirkan kepintaran, kecekalan, keterampilan pelajar dalam bidang-bidang disiplin tertentu iaitu syariah, bahasa Arab dan sebagainya; tetapi juga ilmu-ilmu baharu.

“Pondok dulu berperanan tetapi kalah juga akhirnya kerana perubahan itu begitu pantas dan kita tak dapat menangkap penguasaan ilmu-ilmu lain. Sebab itu saya lihat dan bangga.

“Alhamdulillah ustaz-ustaz dan pimpinan pondok tuan-tuan guru ini juga selain mengukuhkan tradisi Islam, kitab-kitab lama, masih bersedia menerobos, meneroka disiplin baru komputer dan AI,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau berucap sedemikian sebelum merasmikan Majlis Perasmian Himpunan Pondok dan Sekolah Agama Negeri Perak 2026 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah, Chemor di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN