fbpx
SYED SADDIQ disambut orang ramai selepas menamatkan Misi Larian Kesyukuran di Muar hari ini.

[VIDEO] Syed Saddiq ‘kutip’ lebih setengah juta untuk penduduk Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi Larian Kesyukuran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mencatat kutipan keseluruhan RM650,988.21 sekali gus mengatasi sasaran awal RM200,000.

Perkara itu dimaklumkan oleh Syed Saddiq selepas beliau menamatkan cabaran hampir 170 kilometer itu pagi tadi, yang kemudian mendapat sorakan daripada penduduk Muar, Johor.

“Jangan ucap tahniah kat saya. Ni tanggungjawab dan amanah. Kalau saya tak jalankan amanah, saya diseksa di akhirat nanti. Biarlah saya jalankan amanah sekarang dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Syed Saddiq menamatkan larian tersebut di Laman Maharani, Muar kira-kira pukul 9.15 pagi tadi selepas memulakan larian terakhir sejauh 17 kilometer dari Simpang Sungai Rambai pada pukul 7 pagi.

Ketibaannya disambut ribuan penduduk Muar yang mula memenuhi kawasan penamat sejak pukul 8 pagi sambil melaungkan ‘Hidup Muar, Hidup Muar’ dan ‘Tahniah YB’.

Suasana bertambah meriah apabila beliau yang berbaju hitam merentasi Jambatan Sultan Ismail sebelum disambut sorakan penyokong yang menanti di Laman Maharani.

Larian Kesyukuran itu bermula pada 16 Julai lalu dari pekarangan Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya sebelum merentasi Negeri Sembilan dan Melaka menuju ke Muar.

Dana yang dikumpulkan akan digunakan bagi menyediakan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan selain membeli iPad untuk pelajar kurang berkemampuan yang memerlukan peranti bagi tujuan pembelajaran. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN