fbpx
HAMILTON memperlihatkan prestasi awal musim yang lebih baik berbanding musim lalu apabila meraih kedudukan keempat di GP Australia kelmarin. - AFP

F1: Hamilton ‘reda’ strategi Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELBOURNE – Lewis Hamilton enggan berasa kecewa ekoran keputusan strategi Ferrari yang tidak memanggilnya masuk ke pit ketika tempoh kereta keselamatan maya (VSC) pada Grand Prix (GP) Australia menyebabkan ia memberi kelebihan kepada pesaing.

Juara dunia tujuh kali itu percaya kedudukan tempat ketiga dan keempat yang diraih Ferrari pada perlumbaan tersebut sudah pun menjadi keputusan maksimum yang mampu dicapai pasukannya.

Pada perlumbaan di Litar Albert Park itu, Hamilton dan rakan sepasukan, Charles Leclerc tidak melakukan hentian pit ketika tempoh VSC, berbeza dengan Mercedes yang mengambil kesempatan tersebut untuk mengurangkan masa di pit.

Keputusan itu menyaksikan Mercedes meraih kemenangan satu-dua menerusi George Russell dan Kimi Antonelli, manakala Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat ketiga diikuti Hamilton di kedudukan keempat.

“Saya tidak mempunyai perasaan bercampur mengenai perkara itu kerana kami tetap mendapat tempat ketiga dan keempat. Saya fikir Mercedes memang lebih laju daripada kami dan itu mungkin keputusan maksimum yang boleh kami capai hari ini,” katanya.

Menurut Hamilton, pasukan tetap akan menilai semula strategi berkenaan bagi melihat sama ada keputusan berhenti di pit ketika VSC mampu memberikan hasil lebih baik.

Dalam masa sama, Hamilton turut mengambil sisi positif daripada prestasi jentera Ferrari, malah yakin dia berpotensi memintas Leclerc sekiranya perlumbaan berlangsung lebih lama.

“Menjelang penghujung perlumbaan, saya mempunyai kelajuan yang sangat baik. Jika ada beberapa pusingan tambahan, mungkin saya boleh memintas Charles. Itu sesuatu yang positif untuk kami,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN