PASUKAN Australia meraikan kemenangan selepas muncul juara Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, hari ini. - ZULFACHRI ZULKIFLI

Speedy Tigers akur kehebatan Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Hasrat Malaysia untuk menjulang Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-32 tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Australia di Stadium Azlan Shah, hari ini.

Walaupun berjaya tampil baik, Speedy Tigers seakan tidak mampu untuk mengekang kualiti Australia yang kini mengesahkan kejuaraan ini buat kali ke-11.

Terdahulu, bintang sensasi negara, Faizal Saari cipta kejutan apabila meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-9 namun Australia mula menyerlahkan kualiti sebenar, memperoleh dua gol dalam tempoh sembilan minit.

Jackson Duncan terlebih dulu meledak gol penyamaan pada minit ke-19 sebelum meletakkan Australia di depan pada minit ke-27.

Craig Marais kemudian menambah gol ketiga Australia pada minit ke-40 untuk memastikan kemenangan mutlak buat pasukan ranking ketiga dunia itu.

Walaupun tewas, kredit wajar diberikan kepada anak buah Brendon Carolan kerana menyerlahkan prestasi baik di pusingan awal dan menyerlahkan kemampuan untuk bersaing dengan lawan lebih kuat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN