Gambar hiasan - JANAAN AI

Perselisihan faham punca lelaki dibunuh di Kuala Kangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Punca kehilangan seorang lelaki kelmarin terbongkar dengan penemuan mayatnya di Kampung Teratai, Tanah Merah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya telah menerima pengaduan daripada seorang lelaki tempatan berkaitan kehilangan rakan lelaki juga warga tempatan berusia 26 tahun.

“Siasatan dijalankan sebagai orang hilang dan usaha mengesan giat dijalankan. Pada semalam, lebih kurang pukul 4.30 petang, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar telah berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat.

“Soal siasat yang dijalankan terhadap suspek telah berjaya membawa kepada penemuan mayat orang hilang tersebut di Kampung Teratai, Tanah Merah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, polis turut menjumpai sebilah pisau disyaki senjata yang digunakan suspek semasa kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca kerana perselisihan faham antara mangsa dengan suspek. Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi tujuan bedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN