Shafik dilaporkan hilang sejak 19 Oktober lalu.

Shafik hilang sejak 19 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang lelaki berusia 22 tahun, Muhamad Shafik Hidayat Mat Daud dilaporkan hilang sejak 19 Oktober lalu selepas dipercayai kali terakhir berada di Hijauan Heights, Jalan Vista Emas 3, Kajang.

Kehilangan lelaki itu disedari sebelum satu laporan dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada Selasa lalu kira-kira pukul 7.22 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan individu terbabit supaya tampil membantu siasatan.

“Orang hilang mempunyai ketinggian antara 165 hingga 170 sentimeter, berat sekitar 60 hingga 65 kilogram, berbadan kurus, berambut kerinting dan berkulit cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerusi talian 03-8911 4222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Nor Azliza Abdullah di talian 019-253 7319. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN