Tangkap layar video seorang lelaki didakwa menyiku seorang individu dalam kejadian di Pasir Panjang, Terengganu pada petang semalam.

Keluarga lelaki cedera hidung, mulut dipukul penumpang Alza buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Isteri kepada lelaki yang dipukul penumpang sebuah Perodua Alza sehingga mengalami patah hidung tampil membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu susulan kejadian di Jalan Pasir Panjang di sini, petang semalam.

Menerusi salinan laporan polis yang dikongsikan keluarga mangsa di media sosial, kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku selepas kereta dinaiki pasangan suami isteri berkenaan dilanggar kenderaan terbabit pada bahagian bampar belakang sebelah kanan.

Mangsa yang keluar dari kenderaan untuk melihat kerosakan keretanya kemudian didatangi tiga lelaki yang menaiki Perodua Alza berkenaan sebelum dia ditumbuk dan disepak sehingga mengalami kecederaan pada bahagian hidung serta mulut.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN