Gambar hiasan.

Tiga syarat tambahan elak lesen ‘ali baba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri sedang memperhalusi cadangan pelaksanaan tiga syarat tambahan dalam garis panduan pelesenan perniagaan di kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengekang penglibatan warga asing dalam aktiviti perniagaan di negeri ini.

​Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, langkah itu diambil bagi melindungi peniaga tempatan serta membanteras segelintir pihak yang menyalahgunakan lesen perniagaan.

“Syarat pertama ialah mengutamakan warganegara Malaysia sebagai pekerja juruwang di kaunter pembayaran premis peruncitan dan syarat kedua pula memastikan pekerja asing memiliki pasport serta permit kerja atau pas yang sah dan bersesuaian dengan sektor pekerjaan dibenarkan.

“Manakala syarat ketiga pula mewajibkan pemilik perniagaan mengemukakan senarai pekerja warga asing berserta dokumen berkaitan kepada PBT dan mengemas kini maklumat berkenaan sekiranya berlaku perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Selamat Takim (BN-Sungai Balang), Baharudin Mohamed Taib (BN-Permas) dan Anuar Abd Manap (BN-Pemanis) mengenai kebanjiran warga asing termasuk yang berniaga secara haram di negeri ini.

Beliau berkata, bagi tempoh 2025 hingga September lalu, penguatkuasaan oleh 16 PBT merekodkan sebanyak 1,092 sitaan, 211 notis dan 511 kompaun dengan nilai keseluruhan RM324,500 membabitkan kesalahan warga asing berniaga tanpa lesen di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN