Antara PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu JIM Kelantan dan PDRM di Stesen Penguatkuasa JPJ Mentara, Gua Musang. Foto IHSAN JIM KELANTAN

27 PATI gagal menyusup ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam operasi bersepadu di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mentara di sini selepas 136 individu diperiksa dalam tempoh dua hari.

Operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin dan Selasa lalu itu turut menyita dua kenderaan.

Pengarah JIM Kelantan, Garry Belayong Anak John Siki berkata, operasi berkenaan bertujuan mempergiat penguatkuasaan undang-undang imigresen serta membanteras kehadiran PATI di daerah ini.

Katanya, kesemua 27 individu yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Dalam operasi selama dua hari itu juga, dua kenderaan turut disita bagi tujuan tindakan penguatkuasaan lanjut.

“JIM Kelantan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara serta mengekang aktiviti yang melanggar peraturan imigresen,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN