Gambar hiasan.

4 lelaki miliki 4.84 tan minyak masak bersubsidi lesen dijel enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Empat lelaki warga Myanmar masing-masing dipenjara enam bulan manakala seorang lelaki warga tempatan didenda RM42,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki 4.84 tan minyak masak bersubsidi tanpa lesen.

Hakim Ainul Bashirah Dona Don Biyajid menjatuhkan hukuman itu terhadap Tin Saw Oo, 21, Pyae Phyo Maung, 21, Ko Lin, 36, dan Kyaw San Linn, 37 dan lelaki warga tempatan Moo Teck Lim, 50, selepas kesemuanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa.

Mahkamah memerintahkan hukuman pemenjaraan bagi empat lelaki warga Myanmar itu bermula tarikh tangkap pada 14 Julai lalu sementara Teck Lim berdepan dengan penjara 12 bulan jika gagal membayar jumlah denda itu.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didapati ada barang kawalan yang juga merupakan barang berjadual iaitu minyak masak berjumlah 4,845 kilogram (kg) dalam keadaan yang menimbulkan syak yang munasabah.

Tertuduh-tertuduh telah melakukan kesalahan melanggar Peraturan 3(1) Peraturan -Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan minyak masak tersebut secara borong tanpa lesen.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di sebuah premis di Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5 pada pukul 3.30 petang pada 14 Julai lalu.

Justeru pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang mana sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pengawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah premis di Bandar Pinggir Subang dan menahan lima lelaki itu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi pada 14 Julai lalu.

Hasil serbuan itu, pihak berkuasa merampas 4,845 kilogram minyak masak, sebuah lori dan peralatan dipercayai digunakan untuk memindahkan minyak masak paket ke dalam tong.

Nilai rampasan dianggarkan RM124,652.50.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa KPDN, Sallim Wahid, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN