PELARIAN Rohingya menonton keputusan ICJ menerusi paparan skrin besar di sebuah kem di Cox’s Bazar, Bangladesh semalam. – AFP

‘Keputusan ini satu kemenangan bagi Rohingya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COX’S BAZAR – Pelarian Rohingya di Bangladesh menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan menyifatkannya sebagai kemenangan bersejarah yang membawa kepada pengiktirafan antarabangsa terhadap genosid yang dilakukan terhadap komuniti itu.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan wakil Rohingya Solidarity Group, Kaleem Ullah memberitahu keputusan itu menarik perhatian dunia terhadap kekejaman yang dialami mereka di Myanmar.

“Keputusan ini merupakan kemenangan bagi etnik Rohingya. Kini sejarah tercatat bahawa kami pernah mengalami genosid,” kata Ullah.

Beliau berkata, komuniti itu amat berpuas hati kerana keputusan mahkamah tersebut pada pandangan mereka, mengesahkan bahawa etnik Rohingya merupakan mangsa genosid.

“Kami amat gembira kerana keputusan ini menyedarkan seluruh dunia bahawa genosid telah dilakukan terhadap penduduk Rohingya,” katanya.

Ullah berkata keputusan itu juga penting bagi identiti etnik Rohingya serta tuntutan mereka sejak sekian lama terhadap tanah air nenek moyang mereka di negeri Rakhine, Myanmar.-Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN