Suspek dikehendaki NCS selain pasport miliknya turut dibatalkan kerajaan China.

Kerjasama antarabangsa, SPRM serah individu diburu NCS pada Kedutaan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kerjasama rentas agensi antarabangsa dengan National Commission of Supervision of the People’s Republic of China (NCS) berjaya menahan seorang lelaki warga republik itu yang dikehendaki pihak berkuasa negara tersebut.

Suspek berusia 50-an dan bekerja sendiri itu telah ditahan pada 17 November lalu kira-kira pukul 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum diserahkan kepada Kedutaan China di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut sumber, maklumat yang diterima dan disiasat SPRM adalah berkaitan dakwaan suspek memberi wang rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atasnya berkaitan kes penipuan dan pengubahan wang haram.

“Pada masa yang sama, semakan mendapati suspek turut berada dalam senarai individu dikehendaki NCS selain pasport miliknya telah dibatalkan kerajaan China.

“Sehubungan itu, SPRM telah merujuk kes tersebut kepada Jabatan Imigresen serta Kedutaan China sebelum suspek diserahkan semalam untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN