Tangkap layar klip video yang memaparkan keadaan sekitar Jalan Masjid India yang dipenuhi warga asing.

[VIDEO] ‘Jalan Masjid India elok tukar nama Jalan Dhaka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Warga kota menyeru supaya Jalan Masjid India ‘ditukarkan’ nama kepada Jalan Dhaka kerana kawasan berkenaan kini dikuasai oleh warga asing.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Protonbyshzach berkata, amat susah untuk melihat kelibat orang Melayu di sana dan rata-rata kedai di kawasan itu dipenuhi dengan warga asing.

“Tadi pergi Jalan TAR,Jalan Masjid India, pusing pusing nak beli Quran dekat kedai buku area situ. Bukan main jem, mengalahkan bulan puasa.

“Rasa-rasa Jalan Masjid India tu dah boleh tukar Jalan Dhaka. Tak nampak muka Melayu langsung,”dakwa individu itu.

Tambah beliau, deretan kedai emas di kawasan itu juga dipenuhi dengan warga asing yang tidak pasti berasal dari negara mana.

“Kedai emas penuh ye dengan diaorg ni, keliru India dari India ke Bangladesh ke Roro, sebab spesis sama je,”ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan keadaan di kawasan tersebut.

“Kita orang penang, lama tak datang sini, sedihnya tengok Malaysia dah hilang Jalan TAR, Jalan Masjid India dan mesti banyak lagi tempat yang telah bertukar suasanya,”tulis Azurashafiee.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Cikdasudin.

“Dulu kagum pergi Kuala Lumpur, pergi KLCC, Jalan Masjid India ni semua. Tapi semenjak penuh pendatang rasa tak kagum dah, mereka ini semua dah curi kawasan kita,”komennya.-KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN