Tangkap layar video dikongsikan di Threads berhubung penemuan Muhammad Irsyad pagi ini.

[VIDEO] Bayi lelaki 20 bulan hilang semalam sudah ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bayi lelaki berusia 20 bulan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Bechah Salak, Kuala Krai, Kelantan petang semalam, berjaya ditemukan sebentar tadi.

Perkembangan itu dikongsikan seorang pengguna Threads menerusi akaun @hilmi4guchil yang memaklumkan, Muhammad Irsyad Hakim Mohamad Khairul Najmi berjaya dijumpai pasukan penyelamat pagi tadi.

“Alhamdulillah, adik Muhammad Irsyad Hakim Mohamad Khairul Najmi yang dilaporkan hilang petang semalam berjaya ditemui sekejap tadi,” menurut hantaran tersebut.

Berita penemuan bayi itu turut mendapat perhatian orang ramai yang sebelum ini mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bayi berkenaan.

Kosmo! semalam melaporkan Muhammad Irsyad disedari hilang oleh ibunya kira-kira pukul 5.30 petang sebelum wanita itu membuat laporan polis.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd. Khairul Duha Abd. Halim dilaporkan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada anggota polis bagi membantu operasi pencarian bayi berkenaan.

Operasi SAR turut melibatkan anggota polis dan orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN