JONGKONG emas kelihatan selepas dikeluarkan daripada acuan di loji peleburan ABC Refinery di Sydney pada 29 April 2025. - AFP

Wanita nyaris hilang nyawa ketika jual emas 2kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA -Seorang wanita tempatan yang dikenali sebagai AG nyaris kehilangan nyawa selepas dikurung dan diserang ketika hendak melakukan urus niaga penjualan emas seberat 2 kilogram (kg) di sebuah hotel di kawasan Cengkareng, Jakarta Barat, baru-baru ini, lapor saluran berita Lambe Turah.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya, Pesuruhjaya Kanan Polis (Kombes Pol) Budi Hermanto berkata, pada awalnya mangsa telah bersetuju untuk melakukan transaksi jual beli emas dengan bakal pembeli di kawasan Pancoran, Jakarta Selatan, sebelum lokasi pertemuan dipindahkan ke hotel berkenaan.

Menurutnya, sebaik tiba di hotel, mangsa diarahkan masuk ke sebuah bilik dengan alasan untuk melakukan pemeriksaan ketulenan emas, namun dia diserang oleh beberapa individu.

“Semasa proses pemeriksaan emas di bilik hotel, mangsa diserang dengan muka ditekup dan mulutnya cuba ditampal menggunakan pita pelekat oleh suspek,” katanya kepada pemberita semalam.

Walaupun diserang, mangsa berjaya melawan dan menyelamatkan diri, namun emas seberat 2kg miliknya dilarikan oleh kumpulan suspek tersebut.

Dalam cubaan melarikan diri, dua daripada suspek bertindak nekad terjun dari tingkat dua hotel berkenaan sebelum berjaya diberkas oleh pengawal keselamatan premis itu.

Budi Hermanto berkata hasil siasatan mendapati empat individu disyaki terlibat dalam kejadian itu.

 Dua suspek yang dikenali AFS dan AC berjaya ditahan di lokasi kejadian, manakala dua lagi suspek iaitu AP dan AH masih diburu.

“Dalam perkembangan siasatan kes, anggota polis turut menahan seorang lagi individu yang dikenali sebagai NG yang disyaki berperanan menghantar dan menjemput salah seorang suspek,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Metro Jakarta Barat, Kombes Pol Nasriadi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti peranan setiap suspek yang terlibat selain giat memburu dua lagi suspek yang masih bebas.

“Kami juga masih mengesan kedudukan emas milik mangsa serta memastikan jumlah sebenar nilai kerugian yang dialami,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN