Gambar dan tangkap layar video Threads Aqilah Omar menunjukkan seekor ayam memasuki bahagian enjin keretanya.

[VIDEO] ‘Macam mana ayam boleh masuk enjin ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila seekor ayam memasuki bahagian enjin keretanya, sekali gus menarik perhatian pengguna media sosial yang turut berseloroh dengan kejadian itu.

Menerusi hantaran Threads Aqilah Omar, wanita itu berkongsi gambar dan video memperlihatkan seekor ayam berada di bahagian enjin kereta dan dia meminta idea orang ramai untuk mengeluarkannya dari situ.

“Kereta saya ada ayam. Nampak tak? Ada ayam, ayam tu mesti dah panas dah. Siapa suruh kau duduk dalam ni? Stres aku, macam mana dia boleh duduk dalam ni? Aku pun tak tahu macam mana dia boleh masuk,” katanya pada video yang dikongsikan hari ini.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang turut meninggalkan komen berjenaka susulan kejadian itu.

“Rezeki tu, balik masak rendang,” komen pengguna Threads Scretofbaked.

“Rasanya pakej sekali masa beli kereta tu. Tulah main sign (tanda tangan) je masa beli tak baca hitam putih betul-betul,” kata Azrisabrii.

“Aku nak tahu macam mana boleh kesan ada ayam? Dia berkokok ke apa?,” tanya pengguna Threads Mfaizulsarif. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN