Tangkap layar memparkan aksi pasangan terbabit.

[VIDEO] Saya Cina, saya pun jijik tengok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita mengenakan pakaian kurang sopan dikhalayak ramai mengundang kecaman pengguna di aplikasi Threads.

Menerusi perkongsian satu klip video yang dikongsi oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nrlysyqinnnn, individu berkenaan dilihat memakai seluar yang menampakkan bahagian sensitif seorang wanita.

“Amenda la pakai macam ni pergi mall (pusat beli-belah) tak hormat ke orang lain,”tulis individu terbabit.

Berdasarkan klip video yang dikongsi individu itu, wanita Cina berkenaan juga turut ditemani seorang lelaki semasa merayau di pusat beli-belah terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam perbuatan tersebut yang dianggap tidak menghormati orang ramai di kawasan khalayak awam.

“Saya chinese (orang Cina). Ini semenangnya tidak ok. Jijk aku tengok,”komen Tinatcl1216.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Thelilyflower01.

“Sebagai rakyat Malaysia berketurunan Cina, saya bersetuju!! Kita menghormati kebebasan dalam berfesyen, tetapi ingat, ini pusat beli-belah, bukannya bilik tidur anda. Patung peraga pakaian pun memakai pakaian yang lebih sopan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN