PEARLY Tan-M. Thinaah merangkul gelaran kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong, selepas menewaskan beregu Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi dalam aksi final Terbuka Hong Kong, hari ini.

Giliran Pearly-Thinaah tawan Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah terus mengukuhkan aksi cemerlang musim ini apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong, sebentar tadi, sekali gus meraih gelaran ketiga Jelajah Dunia BWF tahun ini.

Gandingan ranking keempat dunia itu mempamerkan semangat juang tinggi sebelum menundukkan pasangan Jepun di ranking ke-11 dunia, Sumire Nakade-Miyu Takahashi menerusi kemenangan straight set 22-20, 21-16 pada aksi final dalam tempoh 40 minit.

Lebih bermakna, kemenangan di pentas final itu menjadi detik membanggakan buat pasangan negara selepas mereka sebelum ini tewas kepada gandingan Jepun berkenaan pada Terbuka Taiwan 2026, Ogos lalu.

Ia sekali gus menjadi gelaran ketiga buat Pearly-Thinaah musim ini selepas terdahulu muncul juara Indonesia Masters dan Terbuka Denmark, selain menamatkan saingan sebagai naib juara di Terbuka Taiwan serta Terbuka Perancis.

Kejayaan hari ini turut mengulangi memori manis mereka di Hong Kong pada edisi 2024 apabila pasangan negara menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan beregu nombor tiga dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, 21-14, 21-14 dalam tempoh 37 minit.

Pada set pertama, Nakade-Takahashi terlebih dahulu menguasai permainan namun Pearly-Thinaah bijak mencari ruang sebelum mendahului 17-15 dan menamatkan set pertama menerusi kemenangan dramatik 22-20.

Berbekalkan momentum itu, gandingan negara memulakan set kedua dengan lebih agresif apabila mendahului 7-4, namun Nakade-Takahashi kembali mengimbangi permainan untuk mengikat kedudukan 8-8.

Aksi kejar-mengejar mata berterusan apabila kedua-dua pasangan terikat 14-14, namun Pearly-Thinaah terus menggandakan asakan untuk melebarkan jurang kepada 17-14 sebelum menoktahkan kemenangan 21-16, sekali gus memastikan gelaran Terbuka Hong Kong menjadi milik mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN