Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh bersama barisan panel juri, rakan strategik, pelajar sekolah, guru serta ibu bapa di majlis penutupan dan penyampaian hadiah AEIOU Musim Ke-8: Seeds For Life baru-baru ini.

Alliance Bank AEIOU raih lebih 90,000 penyertaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Program literasi kewangan, AEIOU Seeds for Life anjuran Alliance Bank Malaysia Berhad mencatat rekod penyertaan tertinggi tahun ini, dengan lebih 90,000 penyertaan pada musim kelapan.

Program yang diiktiraf Kementerian Pendidikan (KPM) dan disokong Bank Negara Malaysia (BNM) itu menggabungkan pendidikan literasi kewangan dan kesedaran alam sekitar menerusi pendekatan pembelajaran interaktif.

Sejak diperkenalkan pada 2015, program berkenaan telah memberi manfaat kepada lebih 188,000 pelajar daripada 596 sekolah di seluruh negara.

Musim ini turut menyaksikan peluasan AEIOU Seeds for Life ke Pantai Timur, serta penyertaan dari sekolah menengah, Sekolah Menengah Persendirian Cina dan sekolah antarabangsa terpilih.

Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi Kumpulan Alliance Bank, Aaron Sum berkata, musim kelapan menjadi edisi paling berimpak program berkenaan dengan penyertaan tertinggi serta pengenalan pengalaman pembelajaran baharu termasuk Cabaran Eco-Pitching.

“Pendekatan ini membantu pelajar memahami bahawa pengurusan kewangan secara bertanggungjawab perlu bergerak seiring amalan kelestarian dalam kehidupan seharian,” katanya dalam kenyataan.

Program itu turut bekerjasama dengan Jane Goodall’s Roots & Shoots Malaysia untuk memperkukuh modul biodiversiti, selain menyediakan latihan literasi kewangan kepada guru bagi memperluas impak pembelajaran di bilik darjah.

Kemuncak program pada 18 November menghimpunkan 43 finalis yang bersaing merebut hadiah wang tunai RM35,000 menerusi Cabaran Eco-Comic Strip dan Eco-Pitching.

Heaven Shine Bernadette Benedict dari Sekolah Kebangsaan Parapat Darat, Sabah muncul johan Eco-Comic Strip, manakala Project Pollux dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Terengganu memenangi Cabaran Eco-Pitching.

Selain itu, Alliance Bank turut menyediakan inisiatif pembukaan akaun Alliance Buddy dengan deposit minimum RM1 bagi memupuk tabiat menabung dalam kalangan pelajar.

Menurut bank tersebut, pihaknya akan terus memperluaskan program itu ke lebih banyak sekolah dan komuniti bagi melahirkan generasi yang berdaya tahan dari segi kewangan, bertanggungjawab terhadap masyarakat serta bersedia menghadapi cabaran masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN