LENGAN robotik yang dikuasakan oleh AI fizikal, yang direka untuk mengisi semula rak minuman, dirakam di Tokyo pada 19 Nov 2026, menjelang penggunaannya oleh FamilyMart pada Januari 2027. - Kyodo

FamilyMart bakal guna robot AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Pengendali kedai serbaneka terkemuka Jepun, FamilyMart bakal mula melancarkan penggunaan robot yang mampu mengisi semula rak paparan minuman secara automatik bermula Januari 2027, lapor saluran berita Bangkok Post.

Menurut kenyataan syarikat itu baru-baru ini, sistem berkenaan dijangka dapat mengurangkan masa pengisian semula stok bagi setiap cawangan kedai sebanyak kira-kira 70 peratus. 

Langkah ini sekali gus dapat meringankan beban kerja kakitangan yang sebelum ini terpaksa menghabiskan masa yang lama mengendalikan produk di ruang penyimpanan sejuk.

Robot berteknologi tinggi yang dilengkapi dengan lengan mekanikal serta dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) fizikal itu berfungsi mengambil minuman berbotol dari rak penyimpanan sejuk dan menyusunnya ke dalam peti paparan.

Robot yang dibangunkan syarikat teknologi Telexistence itu menggunakan lengan mekanikal untuk memindahkan tin dan botol minuman dari rak simpanan ke dalam peti sejuk secara automatik.

Namun, agensi berita Japan Today melaporkan, inovasi itu mengundang kritikan orang ramai yang mempersoalkan keberkesanan teknologi itu dalam mengurangkan beban kerja pekerja.

Pengguna media sosial menyifatkannya terlalu perlahan, selain mempersoalkan keperluan penggunaannya.

Keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada penggunaan robot berkenaan benar-benar menjimatkan masa dan tenaga kerja atau sekadar memindahkan sebahagian tugas manusia kepada mesin. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN