LOKASI di sebuah kawasan berbukit yang diceroboh warga asing di Kajang.

‘Siap ada padang bola, gelanggang takraw dan bola tampar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Isu berkaitan dengan warga asing bagaikan tidak berkesudahan selepas sebuah lokasi berbukit berhampiran kawasan industri di sini diceroboh golongan itu sebelum dijadikan sebagai tempat beriadah sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi perkongsian dua individu yang turut dikongsi di platform TikTok Harmony Community Malaysia, mereka mendakwa menemui lokasi berkenaan bulan lalu.

Kawasan tersebut tidak diketahui ramai, malah dua individu tersebut menggunakan laluan menerusi lereng bukit untuk sampai ke puncak kawasan diceroboh itu.

Seorang individu yang dikenali sebagai Amar berkata, kawasan tersebut turut menempatkan padang bola, gelanggang bola tampar dan juga sepak takraw.

“Dahulunya kawasan itu dipenuhi belukar sebelum dibersihkan warga asing dari Bangladesh, Myanmar dan Nepal. Kawasan diceroboh itu agak luas sehingga mampu menempatkan padang bola, gelanggang bola tampar dan juga sepak takraw.

“Saya dan rakan pernah terserempak warga asing itu dan jumlah mereka sangat ramai. Selain bersukan, lokasi itu turut dijadikan tempat berkumpul, termasuk warga asing yang datang dari daerah lain,” katanya ketika dihubungi Berita Harian hari ini.

Amar berkata, dia turut berkesempatan berbual dengan warga asing terbabit dan ada antara mereka mengakui tidak mempunyai pasport atau pas perjalanan sah.

“Situasi itu menimbulkan kebimbangan dan persoalan sama ada mereka benar-benar berkumpul di lokasi berkenaan semata-mata untuk beriadah atau mempunyai agenda lain.

“Apatah lagi, melihat kenderaan digunakan mereka, ia menimbulkan persoalan bagaimana mereka mampu memilikinya sedangkan kebanyakan warga asing terbabit dipercayai bekerja dalam sektor berpendapatan rendah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN