Saifuddin mendedahkan syabu diseludup melalui 21 transaksi, masing-masing tujuh transaksi dari Pangkalan TUDM Tawau manakala bakinya menerusi Pangkalan TUDM Labuan.

Seludup syabu RM30 juta melalui pangkalan TUDM Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

 

KUALA LUMPUR – Syabu seberat tiga tan bernilai lebih RM70 juta telah diseludup keluar melalui dua pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dekat Sabah, sejak dua tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata dadah itu diseludup melalui 21 transaksi, masing-masing tujuh transaksi dari Pangkalan TUDM Tawau manakala bakinya menerusi Pangkalan TUDM Labuan.

“Sebanyak tujuh transaksi dengan syabu seberat 1.8 tan, membabitkan nilai RM9.3 juta (diseludup keluar dari) sel Tawau.

“Di Labuan pula, sebanyak 14 transaksi sudah berlaku sejak Ogos 2024, membabitkan syabu seberat 1.2 tan dengan nilai RM63 juta,” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) mengenai perincian hasil risikan serta dakwaan sindiket penyeludupan dadah itu sudah berlaku bagi suatu tempoh lama.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN